Sunday, April 27, 2014

MAJLIS PENDAFTARAN PRA SEKOLAH












Alhamdulillah, beberapa pelajar Tadika SK.Beladau kolam telah pun mendapat uari 2011. Terima kasih kepada pihak Kementerian Pendidikan atas bantuan yuran yang telah diberikan dan Pegawai Bertugas atas pemantauan dan kehadiran beliau. Pegawai bertugas pada hari tersebut ialah Ustaz Khalid.
Kepada ibu bapa yang mendapat bantuan yuran pihak tadika mengucapkan tahniah. Pihak kami turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada sebilangan ibu bapa yang telah memberi sumbangan kepada pihak tadika atas rasa ehsan dan kerja keras tadika. Semoga Allah memurahkan lagi rezeki ibu bapa sekalian. Majlis berjalan dengan lancar pada hari tersebut.






Sejarah e-BOOK




 Pencetus idea penggunaan ebook di Terengganu adalah Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said sendiri yang melihat pembangunan negeri perlu bermula dengan pendidikan dan pembelajaran yang sempurna dan terkini.

    Beliau ada menyatakan Kerajaan Negeri yakin prasarana yang kondusif adalah penting bagi melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik, tetapi turut membangunkan minda serta sahsiah pelajar sebagai persediaan menghadapi cabaran global.

    “Sebagai langkah pertama, Kerajaan Negeri menyediakan 25,000 unit e-Book iaitu mini laptop yang dilengkapi pelbagai perisian buku-buku teks sekolah rendah serta perisian tambahan termasuk al-Quran, doa-doa dan amalan solat yang boleh digunakan oleh semua pelajar Tahun Lima di negeri ini,” katanya selepas melancarkan e-Book sekolah-sekolah negeri Terengganu di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) baru-baru ini (akhir Mei'09).

    Dengan itu seramai 10,438 murid tahun lima dari 127 sekolah di negeri ini akan mula belajar menggunakan buku elektronik ‘e-Book’ dengan penyerahan buku itu yang akan diagih melalui Pejabat Pelajaran di daerah masing-masing.