SEKAPUR SIRIH
Assalamualaikum……
Syukur Alhamdulillah dengan limpah izin dan kurnianya ‘Profil Sekolah Kebangsaan Beladau Kolam’ dapat disiapkan ,setelah beberapa bulan ianya diusahakan. Walau pun profil ini tidak begitu lengkap , namun sedikit sebanyak ianya dapat memberikan maklumat-maklumat penting mengenai sekolah ini. Bermula dengan hanya sebuah bangsal kayu hasil usaha penduduk kampung, kini ia berdiri megah , berdiri teguh dengan bangunan-bangunan konkrit yang dibina menurut perubahan zaman.
Sungguh pun Sekolah Kebangsaan Beladau Kolam, letaknya di perkampungan namun namanya boleh dikatakan tidak asing lagi dipersada pendidikan tanah air amnya dan di negeri Terengganu khususnya. Saban tahun sekolah kerdil ini menerima beratus-ratus pelawat dari segenap pelusuk tanah air yang ingin berkongsi apakah petua – petua atau pun rahsia-rahsia yang terdapat di sekolah ini yang membolehkan pencapaian didalam peperiksaan UPSR sentiasa cemerlang. Pencapaian didalam UPSR boleh dikatakan setanding dengan sekolah-sekolah ternama dan elit di bandar.
Semoga koleksi bahan di dalam profil ini dapat dikongsi bersama dengan mereka yang memerlukanya.
Sekian ,terima kasih.
(Hjh. NORMAH DAUD)
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Beladau Kolam.
No comments:
Post a Comment